Tuesday, 11 December 2018

MY TEACHING AND LEARNING PHILOSOPHY



 

     FALSAFAH?????

Dari zaman persekolahan  lagi saya sudah bina satu falsafah hidup iaitu ‘life must go on’. Bagi saya falsafah memang sangat penting. Kenapa???sebab yang paling utama adalah sebagai pemandu sesuatu matlamat. Dengan kata lain adalah untuk menjadikan kita fokus terhadap apa yang kita lakukan. Jadi dengan falsafah yang saya cipta itu, tidak kira la apa saja yang berlaku samada baik atau buruk, masalah apa sekalipun saya mesti teruskan kehidupan dengan baik. Dengan kata lain jangan pernah berputus asa.

                 Mengajar pun kena ada FALSAFAH ke?

Dalam Dunia pendidikan pun sama. Saya sebagai seorang pendidik perlu ada falsafah pengajaran dan pembelajaran. ‘Setiap individu ada potensi untuk berjaya’. Saya percaya setiap pelajar ada kebolehan dan kelebihan masing-masing. Jadi adalah menjadi tanggungjawab saya menjadi penggerak kepada kejayaan pelajar. Walaupun ada sesetengah pelajar yang lemah dalam sesuatu matapelajaran, namun saya sebagai pendidik perlu menggunakan pelbagai strategi p&p sesuai dengan kebolehan pelajar.Sebagai contoh, jika sesuatu konsep yang diajar masih lagi tidak difahami oleh sesetengah pelajar maka saya akan menggunakan pendekatan lain iaitu mengaitkan dengan sesuatu yang senang difahami. Mungkin sesetengah mereka lebih senang faham dengan menggunakan pendekatan game, puzzle, mind-map, grafik, hands-on activity dan sebagainya. Semua pelajar boleh faham sesuatu pembelajaran jika kena gayanya. Kejayaan yang sebenar-benarnya bukanlah bila pelajar itu mendapat gred tertinggi tapi usaha pelajar itu sendiri ke arah mencapai target tersebut. Jadi jika usaha bagus, keputusan peperiksaan pun bagus itu sudah menjadi Bonus. Inilah yang dikatakan kejayaan demi kejayaan…ehehehe

1 comment: